PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ (TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN ISLAM)

Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para-para sahabat dan tabi’in ajmain.

Hasrat dan cita-cita untuk membuka Institut Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran sudah lama wujud. Alhamdulillah dengan berkat ketabahan, keyakinan dan usaha gigih beberapa orang Pemikir Agama yang ingin melahirkan seberapa ramai generasi Al-Quran dan generasi yang menghayati Sunnah Rasullullah S.A.W, maka dengan izin Allah S.W.T dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat, tertubuhlah Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Munir (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) di Kg. Sungai Tembak, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman dan sekarang ditukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz

Sejarah Penubuhan

Institut yang di beri nama Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) yang telah di tubuhkan 1 Mac 2008 dan ianya bernaung secara rasminya di bawah Yayasan Al-Huffaz Bhd. Memandangkan permohonan penuntut semakin bertambah maka pihak Ahli Lembaga sedang merancang projek pembangunan sebagai tambahan asrama lelaki, pejabat, 4 buah kelas dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Matlamat Penubuhan

Institut ini ingin melahirkan seberapa ramai Hafiz dan Hafizah yang benar-benar mahir dalam hafazan serta menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W serta memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.Melahirkan insan-insan bertaqwa, berakhlak mulia dan sedia berkorban harta dan nyawa demi meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.Menampung kekurangan para Ilmuan dan Huffaz bagi mengisi kepimpinan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepda Allah S.W.T.

Saturday, November 12, 2011

KEM PENGHAYATAN AL-QURAN & SAHSIAH DIRI


KE ARAH CELIK AL-QURAN & AKHLAK MULIA
SASARAN : PELAJAR BERUMUR 9—15 TAHUN (LELAKI SAHAJA)
TARIKH : 26 NOVEMBER 2011 —3 DISEMBER 2011 
ANJURAN : MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ
TEMPAT : MADRASAH MISBAHUL MUNIR (P.PANJANG, BALING) 
KG. SG. TEMBAK B PARIT PANJANG
BAYARAN : RM 210.00 (PROGRAM SELAMA 7 HARI TERMASUK PERKHIDMATAN DOBI)

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

  • PEMANTAPAN AQIDAH
  • TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN YANG BERKESAN
  • AMALI SOLAT
  • PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM
  • PRA IMAM MUDA

TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 150 ORANG PESERTA SAHAJA
DAFTARLAH ANAK-ANAK ANDA SEGERA SUPAYA DAPAT
DIJADIKAN BEKALAN UNTUK KTA DI AKHIRAT NANTI


UNTUK MENDAFTAR ATAU ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI TALIAN YANG BERIKUT :
UST ABD HADY : 019-4939143
UST ABD SALIM : 013-4101493
MOHD YUSREN : 013-5109443