PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ (TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN ISLAM)

Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para-para sahabat dan tabi’in ajmain.

Hasrat dan cita-cita untuk membuka Institut Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran sudah lama wujud. Alhamdulillah dengan berkat ketabahan, keyakinan dan usaha gigih beberapa orang Pemikir Agama yang ingin melahirkan seberapa ramai generasi Al-Quran dan generasi yang menghayati Sunnah Rasullullah S.A.W, maka dengan izin Allah S.W.T dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat, tertubuhlah Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Munir (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) di Kg. Sungai Tembak, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman dan sekarang ditukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz

Sejarah Penubuhan

Institut yang di beri nama Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) yang telah di tubuhkan 1 Mac 2008 dan ianya bernaung secara rasminya di bawah Yayasan Al-Huffaz Bhd. Memandangkan permohonan penuntut semakin bertambah maka pihak Ahli Lembaga sedang merancang projek pembangunan sebagai tambahan asrama lelaki, pejabat, 4 buah kelas dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Matlamat Penubuhan

Institut ini ingin melahirkan seberapa ramai Hafiz dan Hafizah yang benar-benar mahir dalam hafazan serta menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W serta memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.Melahirkan insan-insan bertaqwa, berakhlak mulia dan sedia berkorban harta dan nyawa demi meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.Menampung kekurangan para Ilmuan dan Huffaz bagi mengisi kepimpinan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepda Allah S.W.T.

Sunday, April 1, 2012

SENARAI YURAN BULANAN BAGI SESI 2012

Bulan
Yuran Pengajian
(RM)
Yuran Makan
(RM)
Jumlah Yuran Bulanan
(RM)
Catatan
JAN
70
00
130
00
200
00

FEB
70
00
130
00
200
00

MAC
70
00
98
00
168
00

APR
70
00
130
00
200
00

MEI
70
00
130
00
200
00

JUN
70
00
98
00
168
00

JUL
70
00
130
00
200
00

OGO
70
00
70
00
140
00

SEP
70
00
130
00
200
00

OKT
70
00
126
00
196
00

NOV
70
00
93
00
163
00

DIS
70
00
118
00
188
00

Saturday, November 12, 2011

KEM PENGHAYATAN AL-QURAN & SAHSIAH DIRI


KE ARAH CELIK AL-QURAN & AKHLAK MULIA
SASARAN : PELAJAR BERUMUR 9—15 TAHUN (LELAKI SAHAJA)
TARIKH : 26 NOVEMBER 2011 —3 DISEMBER 2011 
ANJURAN : MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ
TEMPAT : MADRASAH MISBAHUL MUNIR (P.PANJANG, BALING) 
KG. SG. TEMBAK B PARIT PANJANG
BAYARAN : RM 210.00 (PROGRAM SELAMA 7 HARI TERMASUK PERKHIDMATAN DOBI)

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

  • PEMANTAPAN AQIDAH
  • TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN YANG BERKESAN
  • AMALI SOLAT
  • PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM
  • PRA IMAM MUDA

TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 150 ORANG PESERTA SAHAJA
DAFTARLAH ANAK-ANAK ANDA SEGERA SUPAYA DAPAT
DIJADIKAN BEKALAN UNTUK KTA DI AKHIRAT NANTI


UNTUK MENDAFTAR ATAU ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI TALIAN YANG BERIKUT :
UST ABD HADY : 019-4939143
UST ABD SALIM : 013-4101493
MOHD YUSREN : 013-5109443

Tuesday, April 26, 2011

Majlis Bacaan Al-Quran & Zikir Tahlil Dibulan Ramadhan 2011

Kepada,
Muslimin & Muslimat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Muslimin & Muslimat yang dihormati sekalian
Adalah menjadi tanggungjawab ke atas orang yang hidup mengingati orang yang mati, terutrama kedua ibu bapa dan saudara mara yang tercinta iaitu dengan menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran, zikir tahlil dan amal jariah untuk mereka.

Dengan usaha dan bantuan kita itu, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan keampunan di alam kubur dan di akhirat kelak.

Untuk tujuan inilah kami menubuhkan Jawatankuasa Tilawah Al-Quran & Zikir Tahlil bagi membantu tuan/puan dalam hal ini. Dengan hanya RM10.00 bagi setiap seorang nama arwah, dengan kos yang minimum dan pahala yang maksimum lebih-lebih lagi majlis ini akan dilaksanakan oleh sekumpulan para Hafi-Hafiz Al-Quran dari Maahad Tahfiz ini dan akan dijalankan disepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H.

Segala sumbangan ikhlas tuan/puan bolehlah dibuat melalui wang Pos/Cek//lain-lain atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MISBAHUL MUNIR atau YAYASAN AL-HUFFAZ
Atau melalui akaun bank :
1) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) atas nama : 
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MISBAHUL MUNIR No. A/k :  0 2 0 4 8 0 1 0 0 3 5 4 1 6

2) MAYBANK ISLAMIC atas nama : 
 YAYASAN AL-HUFFAZ No. A/k :  5 5 2 0 4 0 1 0 1 3 0 0


Untuk yang ingin menyertai majjlis ini bolehlah hantarkan maklumat seperti yang berikut :
1) Nama Penyumbang
2) Alamat
3) No. Telefon
4) Senarai Nama Al-Marhum/Al-Marhumah (Arwah)
5) Jumlah Sumbangan (RM)
6) Maklumat Transaksi

Sila kembalikan slip bank untuk memudahkan tindakan pihak pengurusan
Semua maklumat berikut bolehlah dihantarkan kepada alamat atau e-mel seperti yang berikut :
Alamat :
URUSETIA TILAWAH & ZIKIR TAHLIL
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ,
KG. SG. TEMBAK (B), PARIT PANJANG,
09200 KUPANG,
KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA.

e-mel : yahuffaz@gmail.com

Dengan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan menambahkan lagi keberkatan rezeki anda, amin.
Sambutlah salam takzim dari seluruh AJK Penganjur.
Sekian Wassalam



Follow by Email