PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ (TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN ISLAM)

Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para-para sahabat dan tabi’in ajmain.

Hasrat dan cita-cita untuk membuka Institut Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran sudah lama wujud. Alhamdulillah dengan berkat ketabahan, keyakinan dan usaha gigih beberapa orang Pemikir Agama yang ingin melahirkan seberapa ramai generasi Al-Quran dan generasi yang menghayati Sunnah Rasullullah S.A.W, maka dengan izin Allah S.W.T dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat, tertubuhlah Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Munir (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) di Kg. Sungai Tembak, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman dan sekarang ditukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz

Sejarah Penubuhan

Institut yang di beri nama Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) yang telah di tubuhkan 1 Mac 2008 dan ianya bernaung secara rasminya di bawah Yayasan Al-Huffaz Bhd. Memandangkan permohonan penuntut semakin bertambah maka pihak Ahli Lembaga sedang merancang projek pembangunan sebagai tambahan asrama lelaki, pejabat, 4 buah kelas dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Matlamat Penubuhan

Institut ini ingin melahirkan seberapa ramai Hafiz dan Hafizah yang benar-benar mahir dalam hafazan serta menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W serta memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.Melahirkan insan-insan bertaqwa, berakhlak mulia dan sedia berkorban harta dan nyawa demi meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.Menampung kekurangan para Ilmuan dan Huffaz bagi mengisi kepimpinan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepda Allah S.W.T.

KURIKULUM DAN KO KURIKULUM

 
PENGAJIAN YANG DI TAWARKAN.


Aliran Tahfiz & Pengajian Islam.
- Pra Diploma Tahfiz Al-Quran                  - 4 tahun.
- Diploma Tahfiz Al-Quran (Pakar)           - 2 tahun.
- Pengajian Islam.
- Kursus Komputer.
- Kursus Asas.
  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Melayu.
  3. Bahasa Inggeris,
  4. Matematik.
  5. Kemahiran Hidup.


Aliran Pengajian Umum.



SYARAT KEMASUKKAN & SESSI PERSEKOLAHAN

Syarat Kemasukkan.
  1. Berumur di antara 9 hingga 12 tahun.
  2. Pelajar Lelaki
  3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  4. Baik akhlak dan tiada masalah disiplin.
  5. Minat dan rajin berusaha.
  6. Mempunyai daya ingatan yang kuat.
  7. Waris atau Penjaga bersetuju dan bersedia menanggung hingga tamat pengajian.
  8. Lulus Ujian Temuduga (Bacaan dan Bertulis).

Sessi Persekolahan.
  1. Hari Ahad hingga Khamis
  2. Cuti pada hari Jumaat.
  3. Cuti Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.

KURIKULUM TAHFIZ / AKADEMIK


Kurikulum Tahfiz

Kelas Peralihan
Bacaan Al-Quran (Buku Iqra’)

 Kelas Tahfiz

Peringkat Pra
TAHUN
HAFAZAN BARU
JUMLAH HAFAZAN
SATU
LAPAN JUZUK
LAPAN JUZUK
DUA
LAPAN JUZUK
ENAM BELAS JUZUK
TIGA
LAPAN JUZUK
DUA PULUH EMPAT JUZUK
EMPAT
ENAM JUZUK
TIGA PULUH JUZUK

Peringkat Pakar
TAHUN
HAFAZAN BARU
JUMLAH HAFAZAN
SATU
LIMA BELAS JUZUK
LIMA BELAS JUZUK
DUA
TIGA PULUH JUZUK
TIGA PULUH JUZUK
* Untuk mengikuti Kelas Pakar Penuntut mestilah mengingati Hafazan Sepuluh Juzuk Awal dan Sepuluh Juzuk Akhir.

Kelas Fardhu Ain.
  1. Asas Pelajaran Jawi
  2. Asas Ulum Syariah (Fekah / Tauhid)
  3. Asas Al-Lughatul Arabiah.
  4. Asas Akhlak Islamiah
  5. Ilmu Sorof
  6. Khat
  7. Matan Jurumiah.

Kelas Akademik

Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
·      Tatabahasa
·      Penulisan
·      Bacaan
·      Kesasteraan Bahasa Melayu

Matematik
·      Kemahiran Asas

Kemahiran Hidup
·      Sains Pertanian dan Asas Tani
Kemahiran 


Ko-kurikulum / Aktiviti


Kokurikulum

·      Kelas Komputer
·      Kemahiran intensif
·      Seni mempertahankan diri
·      Menyertai Majlis menghafaz  Al-Quran Di Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Aktiviti

·      Motivasi
·      Riadah / Sukaneka.
·      Perjumpaan Waris, Guru dan Penuntut.
·      Qiamullail
·      Rehlah.
·      Ziarah
·      Menyertai badan beruniform


SYARAT KEMASUKKAN & SESSI PERSEKOLAHAN.

Syarat Kemasukkan.
  1. Berumur di antara 9 hingga 12 tahun.
  2. Pelajar Lelaki & Perempuan
  3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  4. Baik akhlak dan tiada masalah disiplin.
  5. Minat dan rajin berusaha.
  6. Mempunyai daya ingatan yang kuat.
  7. Waris atau Penjaga bersetuju dan bersedia menanggung kos pengajian hingga tamat pengajian.
  8. Lulus Ujian Temuduga (Bacaan dan Bertulis).

Sesi Persekolahan.
  1. Hari Ahad hingga Khamis
  2. Cuti pada hari Jumaat dan sabtu.
  3. Cuti Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.

Follow by Email