PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ (TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN ISLAM)

Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para-para sahabat dan tabi’in ajmain.

Hasrat dan cita-cita untuk membuka Institut Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran sudah lama wujud. Alhamdulillah dengan berkat ketabahan, keyakinan dan usaha gigih beberapa orang Pemikir Agama yang ingin melahirkan seberapa ramai generasi Al-Quran dan generasi yang menghayati Sunnah Rasullullah S.A.W, maka dengan izin Allah S.W.T dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat, tertubuhlah Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Munir (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) di Kg. Sungai Tembak, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman dan sekarang ditukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz

Sejarah Penubuhan

Institut yang di beri nama Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz (Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) yang telah di tubuhkan 1 Mac 2008 dan ianya bernaung secara rasminya di bawah Yayasan Al-Huffaz Bhd. Memandangkan permohonan penuntut semakin bertambah maka pihak Ahli Lembaga sedang merancang projek pembangunan sebagai tambahan asrama lelaki, pejabat, 4 buah kelas dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Matlamat Penubuhan

Institut ini ingin melahirkan seberapa ramai Hafiz dan Hafizah yang benar-benar mahir dalam hafazan serta menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W serta memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.Melahirkan insan-insan bertaqwa, berakhlak mulia dan sedia berkorban harta dan nyawa demi meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.Menampung kekurangan para Ilmuan dan Huffaz bagi mengisi kepimpinan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepda Allah S.W.T.

Monday, April 25, 2011

SENARAI YURAN BULANAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ BAGI TAHUN 2011

Bulan
Yuran Pengajian
Yuran Makan
Jumlah Yuran Bulanan
Bil. Hari Berada
Di Asrama
JAN
70
00
114
00
184
00
31 hari
FEB
70
00
104
00
174
00
28 hari
MAC
70
00
89
00
159
00
24 Hari
APR
70
00
110
00
180
00
30 hari
MEI
70
00
114
00
184
00
31 hari
JUN
70
00
89
00
159
00
24 hari
JUL
70
00
114
00
184
00
31 hari
OGO
70
00
70
00
140
00
19 hari
SEP
70
00
78
00
148
00
21 hari
OKT
70
00
114
00
184
00
31 hari
NOV
70
00
89
00
159
00
25 hari
DIS
70
00
114
00
184
00
31 hari

No comments:

Post a Comment

Follow by Email